#PrayForGaza: McDonald's Terima Padah Jumaat Ini?


Jumaat ini, kita bakal lihat restoran McDonald's "tanpa pelanggan" di mana seluruh rakyat Malaysia digesa supaya memboikot restoran makanan segera tersebut pada hari itu.

Rakyat Malaysia yang benar-benar berang dan benci dengan tindakan zalim rejim zionis Israel terhadap umat Islam di Gaza menganjurkan kempen boikot restoran McDonalds di seluuruh negara sebagai tanda protes mereka.
Gesaan untuk memulaukan McDonalds itu tersebar secara meluas menerusi kiriman aplikasi "What'apss".
"Jumaat ni negara kita nak buat Hari Tanpa Mcd Malaysia. Dalam masa 24jam, takde siapa makan mcd. Bgtau kawan2.. Nnti ade yg tak tahu pulak. Satu Malaysia BOIKOT McD hari jumaat ni. Melayu, Cina, India semua BOIKOT. Kalu ada yg mkn gambar diorang akan dok ambik untuk viralllllll #VivaPalestine #SupportGaza . .tolong share jika anda kasihankan PALESTINE!"
Menurut ulama Islam, hukum Islam tidak mengharamkan umatnya untuk menikmati makanan di restoran McDonald's, tetapi ramai pihak menganggap McDonald's menjalin hubungan rapat dengan Israel. 

Selain itu wujud juga dakwaan dari pelbagai pihak yang mengatakan ramai bahawa hasil keuntungan McDonald's Malaysia akan disalurkan kepada Israel. 

Lebih buruk lagi, mana-mana pelanggan yang membuat sebarang transaksi pembelian di restoran McDonald's turut disifatkan sebagai "penyumbang" peluru kepada tentera Zionis untuk membunuh umat Islam di Gaza.

Bagaimanapun, pihak pengurusan McDonalds Malaysia telah tampil untuk membuat penafian terhadap dakwaan tersebut secara terbuka melalui kenyataan akhbar seperti di bawah.


Namun begitu, penafian itu langsung tidak dipedulikan dan ia dianggap sebagai kenyataan untuk "menjaga periuk nasi" pihak tertentu.

Selain itu, kesan dari kempen boikot McDonalds di seluruh dunia turut memberi kesan terhadap restoran yang sebelum ini menjadi pilihan popular penggemar makanan segera berkenaan.

Media antarabangsa CNN.com turut melaporkan bahawa usaha memboikot tersebut telah membuahkan berhasil yang menyebabkan kerugian teruk terhadap McDonald's Corporation atas dasar faktor serangan Israel terhadap Gaza.


Berikut pula adalah antara senarai syarikat dunia yang dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan negara rejim Zionis Yahudi Israel laknatullah itu, namun pihak kami tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan itu.


Namun kami berpandangan bahawa sekiranya benar McDonald's berkait rapat dengan negara haram Israel yang zalim itu, mengapa pula usaha memboikot syarikat itu hanya dilakukan untuk sehari sahaja?

Bukankah lebih wajar sekiranya diboikot secara berterusan tanpa mengikut musim tertentu?

Lagipun Palestin bukannya baru "bermandi darah" dalam tempoh sebulan dua, malah telah puluhan tahun dibedil rejim laknatullah itu, bukan? - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com