Kami tahu terdapat ramai wanita
di luar sana yang cukup berbangga andai dapat menjadi model.
Tapi dalam keterujaan tersebut
silalah berhati-hati kerana sejak dulu lagi dah ramai perempuan yang
terperangkap gara-gara keinginan mahu popular seperti ini.
Contoh lelaki berhidung belang
yang mahu mengambil kesempatan dapat dilihat dalam print screen yang disiarkan
ini.
Berlagak konon juru gambar (entah
betul entah tidak), lelaki ini meminta mangsa merakam gambar seksi lalu
dihantar kepadanya.
Bagi menyembunyikan niat jahatnya
dia berselindung di sebalik pujukan mahu mencari model muslimah dan wanita
tersebut tidak perlu menanggalkan tudung.
Model muslimah kehapa kalau
diminta bergambar persis pelakon lucah?
Jadi kepada kaum hawa di luar
sana, berwaspadalah dan jangan terlalu teruja bila ada lelaki kononnya juru
gambar menghampiri anda lalu menyatakan hasrat mahu menjadikan anda seorang
model.
Silap-silap anda cuma bakal
menjadi model lucah untuk tatapan dirinya yang sangap!
Sumber : MyNewsHub.My