Punca Siaran Tergendala Astro Pada Ahad Lepas


Pada hari ahad, 24 Ogos lepas, pelanggan Astro di seluruh negara mendakwa mengalami gangguan siaran selama beberapa jam bermula dari pukul 8.00 malam sehingga 11.30 malam. 


Laman Melvister.com melaporkan  bahawa punca masalah tersebut adalah disebabkan kebakaran yang berlaku di bilik Sistem Bekalan Kuasa Tunggu sedia (UPS) milik Astro di Bukit Jalil.

Gambar Punca Siaran Astro Tergendala Blackout 24 Ogos 2014
Bagaimanapun, pihak Astro telah berjaya mengatasi masalah tersebut dan kembali bersiaran pada pukul 11.30 malam. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com