Persoalan mengenai status komposer terkenal, Datuk Ramli MS akhirnya terbongkar apabila mengaku telah bernikah dengan penyanyi, Alyah, sejak lebih setahun yang lalu.
Didedahkan menerusi laporan Berita Harian, seluruh rakyat yang mengikut perkembangan seni hiburan tanahair dikejutkan dengan insiden sembilan pegawai JAIS mengunjungi kediaman mewah komposer itu di Bandar Kinrara, pagi tadi.
Menurut sumber, kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi milik Alyah sedang berada
di kediaman Ramli ketika kunjungan pegawai JAIS dan penyanyi itu sendiri berada di dalam banglo mewah
tersebut.
Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa Ramli dan Alyah sudah bernikah secara sah di Batam, Indonesia, namun mereka difahamkan belum lagi mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia sehingga kini.
Selain itu, pasangan itu akan ke pejabat JAIS untuk memberikan kenyataan serta bukti pernikahan bagi tujuan pendaftaran.
Menariknya, Ramli yang sememangnya terkenal dengan imej tegas dan "cool", dikhabarkan tenang dan sempat ketawa ketika mengiringi para pegawai dari jabatan agam tersebut keluar dari kediamannya.
Biar apa pun, pendedahan tersebut secara tidak langsung sudah menjawab persoalan para peminat yang selama ini tertanya-tanya mengenai status Ramli dan Alyah yang pernah mewarnai dunia gosip dunia hiburan tanahair selama ini.
Namun apa yang kini menjadi tanda tanya peminat, mengapa susah sangat Ramli dan Alyah untuk mengaku telah bernikah kepada media atau para peminat mereka?
Sedangkan nikah itu merupakan sunnah Rasulullah SAW dan sunat diwar-warkan pernikahan tersebut bagi mengelak fitnah berlaku.
Apa alasan Ramli dan Alyah kali ini? -KedahNews.com