WASHINGTON – Kongres Amerika Syarikat (AS) kelmarin
menyegerakan bantuan berjumlah AS$225 juta (RM722.7 juta) bagi menyokong
sistem pertahanan peluru berpandu Israel yang dikenali sebagai Iron
Dome.
Kelulusan Dewan Perwakilan tersebut dibuat sebelum persidangan dewan ditangguhkan sempena cuti musim panas selama lima minggu.
Bantuan berkenaan akan digunakan untuk menambah bekalan peluru sistem
pertahanan yang dikenali sebagai Iron Dome yang berjaya menembak jatuh
berpuluh-puluh roket yang dilancarkan para pejuang Hamas sejak
pertempuran tercetus lebih tiga minggu lalu.
Kongres meluluskan bantuan tersebut, dua hari selepas Pentagon mengumumkan penghantaran bekalan peluru kepada Israel.
Bantuan tersebut kini perlu ditandatangani oleh Presiden AS, Barack Obama untuk disahkan. – AP