Sah! Pakatan Rakyat Adalah Parti Haram!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan pihak yang mempersoalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar berparti Bebas sebagai lupa diri kerana Pakatan Rakyat (PR) juga adalah parti yang ''haram''.

Khalid menegaskan khususnya kepada pemimpin PKR dan DAP bahawa pakatan pembangkang haruslah menyedari bahawa mereka sendiri bukannya bergabung dalam satu parti politik yang berdaftar.

"Kerajaan negeri pimpinan saya selaku Menteri Besar yang tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat keanggotaan PKR adalah terdiri daripada semua parti politik meskipun empat anggota Exco kerajaan negeri adalah diwakili oleh PAS dan seorang lagi Exco daripada PKR.

"Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, PAS semuanya ada...UMNO pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah. Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat (pembangkang) bukan badan berdaftar," Jelas Khalid yang dipetik dari laman Utusan.com.my.

Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com