Di sini KedahNews.com ingin berkongsi satu 'screenshot' pergaduhan sepasang suami isteri yang btelah dimuatnaik melalui laman sosial Facebook (FB) seorang pengguna.
Dari apa yang dilihat KedahNews.com berdasarkan 'screenshot' yang dimuatnaik itu, pergaduhan ini disebabkan isteri lelaki tersebut telah berhutang sebanyak RM100,000 dengan bank.
Dalam paparan 'screenshot' itu, jelas menunjukkan wanita berkenaan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sewajarnya diberikan kepada pasangannya bermungkinan disebabkan tekanan akibat bebanan hutang yang ditangunginya.
Pada mulanya, lelaki tersebut kelihatan sangat tenang menahan segala parkataan yang dilemparkan oleh isterinya.
Akhirnya lelaki tersebut meminta wanita itu pergi ke pejabat agama bagi memfailkan penceraian.
KedahNews.com memuji tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu kerana dia tidak mula melatah dan melawan dengan segala tomahan yang dilemparkan oleh isterinya.
Sepatutnya wanita itu perlu lebih tenang dan berbincang bagaimana untuk mengatasi masalah berkenaan, itu dilihat lebih baik daripada mengeluarkan perkataan-perkataan yang menyebabkan dia mendapat dosa kerana syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami.
Mungkin benar lelaki ini bersalah tetapi setiap masalah jika dibincangkan dengan baik sudah pasti akan ada jalan penyelesaian terbaik bukan? -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor