Kita menunaikan solat, tetapi
masih tidak dapat membantu diri ke arah kebaikan. Apabila dikaji, didapati
rupa-rupanya solat kita tidak mengikut cara yang ditetapkan dalam Islam. Rukun
solat amat jelas seperti dinyatakan mazhab Asy-Syafie iaitu ada 17 rukun solat.
Bermula dengan niat dalam hati,
lafaz Allahu Akbar, berdiri, membaca surah al-Fatihah, rukuk, toma’ninah
(menetapkan selurus tulang asas) padanya, iktidal, toma’ninah, sujud dua kali,
toma’ninah, duduk antara dua sujud, toma’ninah, duduk untuk tasyahhud akhir,
baca tasyahhud akhir, selawat ke atas Nabi, memberi salam dan akhir sekali
tertib.
Walaupun telah banyak buku dan
kelas agama berkaitan solat, masih ada sesetengah masyarakat yang mendatangkan
perkara bidaah buruk yang bercanggah dengan Islam seperti meletakkan genggaman
pergelangan tangan di tempat terlalu tinggi di bawah leher ketika solat.
Perkara itu tidak pernah
dilakukan oleh Rasulullah bahkan tiada seorangpun dalam kalangan ulama muktabar
mengatakan wajib melakukan sedemikian.
Menggerak-gerakkan jari telunjuk
dengan pergerakan berpusing-pusing seolah bermain-main ketika duduk tahiyat
awal dan akhir.
Benci imam baca qunut Subuh
Membenci imam membaca qunut Subuh
lalu menghukum dengan tidak adil imam bermazhab Syafie kononnya sesat.
Meninggalkan dengan sengaja bacaan basmalah (bismillahirrahman nirrahim) ketika
membaca surah al-Fatihah.
Bidaah dholalah (perkara baru
yang sesat) yang paling besar dalam solat adalah bidaah iktiqad. Kepercayaan
karut seperti mempercayai Allah SWT yang disembah itu seperti berhala mempunyai
kaki, mata anggota, tangan berjisim, bertempat dan duduk di hadapannya atau
bersila letih diatas ‘Arasy dan berada ruang lingkup langit.
Ini adalah akidah yang diasaskan
oleh golongan Yahudi sejak zaman berzaman yang cuba diresapkan ke dalam akidah
umat Islam kerana tujuan Yahudi supaya ibadah umat Islam tidak sah, dengan itu
umat Islam akan lemah mudah dikuasai oleh musuh-musuhnya.
Berpegang teguhlah kita dalam
menjaga solat dengan memantapkan tauhid dan memperbanyakkan menuntut ilmu agama
mengikut landasan aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah supaya kita selamat di dunia
dan akhirat.
Sumber : Berita Harian