JITRA - Penduduk di Kampung Lubok Ipoh jalan Jitra - Bukit Wang, dekat
sini, mengeluh setiap kali hujan berterusan yang mengakibatkan banjir
kilat berlaku serta-merta.
Dalam kejadian semalam, hujan selama lebih empat jam itu menyebabkan jalan utama sepanjang empat kilometer dinaiki air antara 0.5 hingga 1.2 kaki.
Penduduk, Shaarin Osman atau lebih kenali sebagai Pak Long, 61, berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu berikutan sistem perparitan yang ada tidak mampu mengalirkan air hujan.
Menurutnya, parit antara jalan utama kampung itu juga didapati tersumbat dengan mendapan tanah, sampah dan semak samun tanpa diselenggara pihak berwajib.
“Selain itu, struktur parit di sini juga lebih tinggi dari jalan menyebabkan air melimpah ke bahagian jalan raya. Ini menyebabkan banjir kilat mudah berlaku sekiranya hujan.
“Penduduk di sini juga bimbang sekiranya bah besar melanda seperti tahun 2004 dan 2010 lalu yang turut menjejaskan rumah penduduk. Justeru itu, tindakan memperbaiki sistem perparitan perlu diambil segera,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Salleh Ahmad, 60-an berkata, keadaan ini mengganggu aktiviti penduduk termasuk kanak-kanak yang ke sekolah menaiki basikal.

“Kalau hujan waktu awal pagi, jalan akan dinaiki air menyebabkan
pelajar sukar berbasikal ke sekolah. Kenderaan juga ada yang mengalami
kerosakan akibat mengharung air yang paras tinggi di sesetengah tempat.
“Kita harap perkara ini diambil perhatian pihak Majlis Daerah Kubang Pasu atau wakil rakyat untuk tindakan lanjut demi keselamatan penduduk kawasan ini.
“Hal ini penting memandang jalan utama di sini juga menjadi laluan kepada pengunjung untuk ke Taman Rekreasi Rimba Bukit Wang,” katanya. -Sinar Harian