Semakan Permohonan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Esok


Status permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari esok.

Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan, menyatakan status boleh disemak melalui talian: Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766. 

Selain itu, anda juga boleh semak di laman web http://upu.moe.gov.my; https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my ataupun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan dihantar ke 15888. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com