Berikutan gangguan perkhidmatan astro baru-baru ini, pihak astro telah meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan bahawa gangguan itu disebabkan kebakaran.
Akibat dari gangguan itu, pihak Astro telah mendapat kritikan ramai.
Tapi sebagai tanda meminta maaf dan penghargaan kepada pengguna, pihak Astro telah membuka kesemua salurannya (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) secara percuma bermula 29 Ogos, 6 Petang sehingga 1 September, 12 malam kepada pelanggan di semenanjung.
Tapi sebagai tanda meminta maaf dan penghargaan kepada pengguna, pihak Astro telah membuka kesemua salurannya (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) secara percuma bermula 29 Ogos, 6 Petang sehingga 1 September, 12 malam kepada pelanggan di semenanjung.
Berikut adalah kenyataan dari Astro:
Pelanggan Astro yang dihargai,
Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.
Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan.
Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.
Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.
Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.
Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.
- Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com