POKOK SENA - Sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi
(SMKJ) semalam kecoh apabila beberapa pelajarnya sekali lagi diserang
histeria hingga menyebabkan waris terpaksa dipanggil untuk mengambil
anak mereka.
Menurut beberapa waris di sekolah terbabit, sejak Februari lalu, pelajar di sekolah itu dikatakan sering diserang histeria dan mereka sering terlihat wanita berambut panjang serta kelibat hitamnya yang mengganggu pelajar sekolah itu terutamanya pelajar perempuan.
Difahamkan selepas perhimpunan semalam, pelajar diarahkan membaca surah Yasin dan tidak lama kemudian beberapa pelajar perempuan menjerit seperti dirasuk makhluk halus lalu dibawa ke surau untuk dipulihkan oleh beberapa guru sekolah itu.
Awang Abu Ahmad, 76, dari Kampung Kuan Buang, Mukim Lesong berkata, dia terpaksa mengambil anaknya, Munirah, 17, di sekolah pada jam 9 pagi semalam selepas guru sekolah menghubunginya memaklumkan anaknya kurang sihat dan diarahkan mengambil anaknya itu.
Menurutnya, dia terus mengambil anaknya dan sepanjang perjalanan pulang, anaknya hanya menangis dan mendiamkan diri sahaja serta langsung tidak bercakap hingga menyebabkan dia mengesyaki anaknya itu turut dirasuk bersama rakannya yang lain.
“Semasa anak saya ke sekolah, dia dalam keadaan tidak sihat dan demam dan mudah untuk anak saya dirasuk kerana fizikalnya sangat lemah apatah lagi pada Khamis lalu beberapa kawannya dirasuk makhluk halus itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, Khamis lalu, anaknya itu memaklumkan seramai 30 pelajar mengalami histeria dan seorang daripadanya menumbuk cermin tingkap hingga pecah lalu menjilat darah di tangannya itu.
Sementara itu, Norliza Kamis, 39, dari Kampung Simpang Kebun 500, berkata, Khamis lalu, dia pergi mengambil anaknya pada waktu petang selepas tamat waktu persekolahan.
Menurutnya, suasana pada malam itu agak pelik dan menakutkan hinggalah dia dan keluarganya diganggu oleh makhluk halus itu.
“Pada malam itu, kami sekeluarga nampak wanita berambut panjang di dalam rumah saya dan sebelum ini belum pernah berlaku sebarang gangguan dari makhluk halus.
“Saya yakin makhluk itu turut mengikuti kami semasa pulang dari sekolah pada Khamis lalu dan ini menyebabkan anak-anak saya mula takut untuk ke sekolah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian