Seorang pelanggan, Charleigh Matice mendakwa telah menerima burger ayam yang 'dicelet' dengan lambang Nazi dibawah permukaan roti dari sebuah restoran Mcdonald di Amerika Syarikat semalam.
Oleh itu, pihak Mcdonald telah dipaksa untuk memohon maaf kepada Charleigh itu angkara 'sabotaj' yang dilakukan staf restoran tersebut.
Menurut Charleigh, dia telah membeli burger burger ayam melalui kaunter pandu lalu di sebuah Mcdonald cawangan tempatan.
Charleigh terkejut kerana sejurus dia membuka burger untuk menambah mayonis, dia dapati terdapat simbol Nazi di bawah roti burger terbabit.
Oleh itu, dia bertindak untuk kembalikan burger tersebut ke restoran terbabit kerana telah kehilangan selera makan pada ketika itu dan menuntut bayaran balik.
"Adakah ini jenaka? Adakah seseorang benar-benar berfikir mereka adalah lucu?"
"Ramai orang mati kerana simbol itu dan ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia bukan sesuatu yang boleh dilepas tangan.", kata Charleigh yang diterjemahkan semula dari laman Wcti12.com
Charleigh juga turut meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa kerana menganggap insiden ini ibarat tidak menghormati perjuangan datuknya telah berjuang dalam Perang Dunia Kedua.
Pihak restoran Mcdonald itu telah memohon maaf dan menegaskan bahawa insiden itu adalah 'tidak boleh diterima'.
Tindakan tegas telah diambil dengan memecat staf yang bertanggungjawab dalam insiden ini serta-merta. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com