Meskipun hidup dalam ketakutan kerana dibedil senjata tentera
Zionis laknatullah hampir setiap hari, ada untungnya penduduk Gaza
Palestin berbanding kita yang menghirup udara damai di sini.
Oleh kerana sedar nyawa mereka bagai di hujung tanduk dan bila-bila
masa sahaja boleh terpisah dari jasad, ia membuatkan penduduk sana
tambah mengingati kematian dan takutkan Allah.
Sebagai contoh, seorang pemuda Palestin yang terbunuh dalam serangan
baru-baru ini didapati membawa sekeping kertas berisi nota dalam kocek
seluarnya.
Nota itu ditujukan kepada warisnya untuk memberitahu bahawa
sekiranya dia terkorban, dia mempunyai hutang dengan dua orang yang
masih belum dilunaskan.
Dinyatakan di situ, hutangnya kepada setiap orang tersebut cumalah $3!
Mungkin walau cuma $3 namun pemuda ini sedar, membayar hutang adalah
wajib dalam Islam jadi dia bimbang jika ia boleh menjadi penghalang
untuknya memasuki syurga Allah.
Masya Allah, hingga begitu sekali keimanan pemuda ini. Tidak hairanlah mengapa Israel begitu takut pada penduduk Palestin...
Sumber: Mynewshub.my