Surendran Didakwa Di Bawah Akta Hasutan Buat Kali Kedua


Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surenderan disiasat sekali lagi bawah Akta Hasutan 1948 buat kali kedua bulan ini berhubung kenyataannya mengenai rayuan kes Liwat II yang dihadapi ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurut Surendran, siasatan dijalankan oleh pegawai dari ibu pejabat polis Temerloh, susulan satu laporan yang dibuat ke atas peguam berkenaan.

Manakala kenyataan Surendran akan dirakam di balai polis Pudu lewat hari, lapor laman Malaysiakini.com.

Pada 19 Ogos lalu, Surendran yang juga merupakan Naib presiden PKR didakwa bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, kerana mengeluarkan kenyataan bertajuk "Court of Appeal's Fitnah 2 written judgement is flawed, defensive and insupportable (Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan bagi kes Fitnah 2 cacat, defensif dan tidak boleh disokong). - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com