Suri Rumah Maut Terjun Apartment Kerana Merajuk Dengan Suami


Seorang suri rumah, Nurhasyaiwany Razid, dikatakan telah terjun dari kediamannya di Apartment Cammelia, Kajang, Selangor.

Perkara ini dipercayai berlaku kerana Nurhasaiwany 'merajuk' setelah bertengkar dengan suami, Azmi Abd Rahman, lapor laman Facebook Daily Traffic Report.

Ketika kejadian itu berlaku, Azmi sedang berada di bilik untuk mengemas pakaian. Sebaik sahaja mengetahui tentang kejadian, dia bergegas turun kebawah.

Wanita berkenaan meninggal di tempat kejadian dipercayai kerana cedera parah di kepala. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com