Tempahan Perodua Axia Dibuka, Hanya RM24,900 Sahaja!


Berita baik buat rakyat Malaysia! Model terbaru Perodua 2014 bagi menggantikan Perodua Viva iaitu Perodua Axia kini akan dibuka tempahannya bermula dari harga serendah RM24,900! Ianya telah diumumkan secara rasmi oleh pihak Perodua.

Tempahan (booking) Perodua Axia baru ini boleh anda lakukan pada hari Jumaat ini (15 Ogos 2014) disemua 180 pengedar rasmi Perodua diseluruh Semenanjung Malaysia dengan deposit sebanyak RM250 ~ RM300 bergantung kepada variant yang anda tempah.

Terdapat empat variant Perodua Axia yang akan dikeluarkan iaitu Standard E (variant asas yang berharga RM24,900), Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. Namun begitu spesifikasi setiap variant masih belum didedahkan. Hanya harga variant Standard E yang dikeluarkan menjadi penanda aras permulaan harga model ini.

Satu lagi berita baik yang diumumkan Perodua adalah buat pertama kalinya, Perodua memberikan jaminan selama 5 tahun untuk model Perodua Axia ini.

Perodua Axia - Model Terbaik Perodua
Perodua Axia adalah model kenderaan ke 10 keluaran Perodua dan ianya menjadi satu kebanggaan dan penanda aras baru buat pengguna kenderaan di Malaysia. Perodua Axia merupakan sebuah kereta kompak yang kompetitif dengan memberikan banyak kelebihan dan keistimewan kepada pengguna.

Walaupun dalam kategori kereta kompak namun Perodua Axia tetap memberi keselesaan dengan ruang yang luas, mudah dikendalikan, lebih ekonomi dari segi penjimatan bahan api dan kos kendalian serta lebih mesra alam sekitar. Inilah pilihan terbaik yang ditawarkan oleh Perodua kepada pengguna pada harga mampu milik dan berpatutan.

Jika anda mahu menjadi diantara yang terawal untuk memiliki model terbaru Perodua Axia ini, tempahlah segera. Dijangkakan Perodua Axia ini akan mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi serta bakal menjadi model terlaris Perodua yang selama ini dikuasai oleh model Perodua Myvi apabila dilancarkan secara rasmi kelak.