Terapi Agama Mampu Rawat Penyakit Jiwa


PERCAYA atau tidak, gelisah atau penyakit kemurungan boleh menjadi penyakit senyap yang membunuh dan membinasakan kerana penghidapnya mengalami penderitaan perasaan hingga akhirnya menjurus kepada penyakit lain seperti histeria, darah tinggi, jantung serta angin ahmar.

Kemurungan satu cabang daripada penyakit jiwa. Penyakit kemurungan boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan kehidupan sosial penghidapnya.

Selain rawatan pakar, penyakit murung boleh diubati menggunakan pendekatan agama kerana Islam menuntut umatnya mencari ilmu termasuk perubatan dan mereka yang mengetahui ilmu itu perlu mengajarkan kepada pihak memerlukan.

Buku Tips Mencapai Ketenangan Jiwa Mengatasi Gelisah memberi petunjuk dan panduan mengatasi perasaan gelisah serta murung melalui amalan wajib serta sunat seperti menunaikan solat, membaca serta mengamalkan ayat al-Quran.

Prof Dr Yusuf al-Qardhawi berkata, apabila seorang yang mengaku sudah menerima Islam sebagai cara hidup tetapi masih tidak beriman dan beramal maka ia akan menimbulkan ketakutan, kebimbangan dan kerisauan di hati serta fikiran.

Cara merawat diri dan jiwa secara kerohanian adalah konsep digunakan junjungan Nabi Muhammad SAW dan sahabat merawat diri serta jiwa menerusi terapi agama.


Sumber : Berita Harian