Sebelum ini KedahNews.com ada menyiarkan beberapa laporan mengenai kejayaan pakar-pakar siber (IT) Malaysia mengodam beberapa laman web kerajaan Israel.
Kejayaan pakar-pakar IT yang lebih dikenali sebagai pengodam atau hacker ini membuktikan rakyat Malaysia terdiri daripada golongan penduduk dunia yang bijak pandai dan perlu diberi perhatian.
Di sini KedahNews.com ingin berkongsi kejayaan terbaru hacker dari Malaysia yang berjaya menggodam laman Facebook (FB) milik Israel Defense Forces, sebuah organisasi yang menyokong tentera Zionis.
Apa yang menarik untuk KedahNews.com kongsikan ialah tindakan hacker tersebut yang menjadi admin 'sementara' untuk FB itu dan memberi komen-komen yang agak sinis terhadap kenyataan yang dimuatnaik oleh penyokong Zionis dalam laman sosial tersebut.
Hacker tersebut membuktikan dirinya anak Malaysia apabila meninggalkan komen terakhir dalam FB tersebut.
Menarik bukan?
Siap letak lirik lagu P.Ramlee lagi, ' Jangan Tinggal Dakuuu'.
KedahNews.com mengucapkan syabas kepada hacker tersebut kerana dia bukan sahaja berjaya menggodam akaun FB tersebut malah sempat mempromosikan lagu Seniman Lagenda Malaysia, Tan Sri P.Ramlee. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor