Terkini: Lagi Pesawat Penumpang Terhempas


TEHRAN - Sebuah pesawat awam terhempas pada jam 0918 waktu Malaysia ketika berlepas berhampiran lapangan terbang Mehrabad, di sini sebentar tadi.

Agensi berita Iran berkata, televisyen negara itu melaporkan bahawa lebih daripada 40 orang terbunuh.


Laman berita CCTV News pula telah melaporkan tujuh kanak-kanak antara 40 penumpang yang dipercayai terbunuh itu.

Pesawat Tabari Airlines menuju ke bandar timur Tabas, Iran. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com