Gambar hiasan |
Seorang lelaki yang dipercayai ''Tonto'' telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Melaka selepas cuba melanggar anggota jabatan itu yang sedang menjalankan Operasi Bersepadu 6P.
Insiden berlaku di Taman Perindustrian Krubong, di sini pada jam 12 malam tadi.
Pemangku Pengarah Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, Suspek adalah seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang memandu kereta jenis Perodua Myvi telah bertindak mengacah untuk melanggar anggota Imigresen, namun van Jabatan Imigresen telah berjaya menghalangnya.
"Lelaki itu mengaku dibayar upah RM1,500 dan diarah pihak tertentu untuk mengekori penguat kuasa serta menyalurkan maklumat setiap pergerakan Imigresen," ujar Abu Bakar yang dipetik dari laman Bharian.com.my.
Abu Bakar turut berkata, sebelum kejadian tersebut berlaku, empat kereta disyaki mengekori kenderaan jabatannya sepanjang operasi yang bermula. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com