Tun M Perlu Perlu Beri Najib Peluang Tadbir Negara Ikut Cara Sendiri - Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob

Shah Alam, 21 Ogos – Beberapa Menteri dalam Kabinet menyatakan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menegur kempimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh diibaratkan sebagai satu nasihat diberikan seorang bapa kepada anaknya kerana kerana beliau masih mengambil berat mengesai isu negara walaupun sudah lama bersara sejak tahun 2002.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kempimpinan hari ini sangat-sangat menghormati Tun Mahathir kerana beliau merupakan orang yang paling lama memegang jawatan Perdana Menteri iaitu selama 22 tahun dan menganggap dirinya sebagai seorang bapa namun begitu dia berharap setiap teguran yang ingin disampaikan oleh mantan Perdana Menteri tidak dilakukan secara terbuka dan memberi peluang kepada Najib mebuktikan kepimpinannya.

"Sebagai menteri, saya merasakan kadangkala Tun mungkin membuat tafsiran yang kurang tepat terhadap perdana menteri kita.

"Saya berharap Tun memberi ruang dan peluang untuk Najib mengemudi kerajaan dengan caranya yang tersendiri dan percaya Najib sentiasa terbuka dengan pandangan pelbagai pihak dan mengambil berat setiap kritikan, terutama daripada tokoh negara seperti Tun sendiri," katanya dipetik melalui Sinar Harian.

Merujuk kepada satu artikel di dalam blognya, Tun Mahathir telah menegur kepimpinan Najib yang dikatakan menggunakan wang bagi memperolehi sokongan rakyat dalam musim pilihan raya sehinggakan rakyat menjadi terlalu bergantung kepada kerajaan.

Jelas Ismail Sabri, sekiranya isu itu dikaitkan dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ia bukan seperti yang difikirkan Tun Mahathir kerana pemberian tersebut merupakan satu bukti keprihatinan kerajaan kepada penduduk tentang peningkat kos sara hidup yang dihadapi seluruh masyarakat dunia.
  
"Seperti Tun juga, menyumbang bakti sebagai ketua kerajaan dahulu (1981-2003), memang beliau mempunyai cara tersendiri untuk menangani implikasi isu kos sara hidup, tetapi mungkin persekitaran dan betapa mudaratnya isu tersebut ketika itu tidak sehingga memerlukan pendekatan seperti yang Najib perkenalkan sekarang.

"Malahan tuduhan BR1M membazir duit negara adalah persepsi yang salah. BR1M sebenarnya merupakan cara baru pembayaran subsidi kepada yang lebih layak dan kumpulan sasar yang tepat apabila subsidi minyak dikurangkan, penjimatan dari subsidi digunakan untuk pemberian itu," ujarnya lagi.

Menurut Ismail lagi, Pemberian BR1M merupakan satu langkah bijak kerajaan dalam memastikan rakyat hidup sejahtera disamping dapat mengurangkan defisit negara.


"Tidak mungkin dasar ini silap, sedangkan Malaysia telah mencapai kadar pertumbuhan 6.4 peratus untuk suku tahun kedua 2014 dan merupakan pencapaian pertumbuhan terbaik di kalangan negara Asean.


"Setiap Perdana Menteri mempunyai gaya kepimpinan tersendiri dan secara peribadi mereka mempunyai isu-isu rakyat yang rapat dengan hati masing-masing," jelas Ismail lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor