Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman menyeru semua pengguna bank HSBC untuk menutup akaun mereka sebagai protes terhadap bank tersebut yang menyokong Israel dalam pergolakan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza sejak tiga minggu lalu.
HSBC dilaporkan oleh BBC, telah menutup akaun bank beberapa pertubuhan Muslim dan orang perseorangan yang membantah serangan kejam Zionis Israel.
Menulis di laman Facebook, Zaharuddin berkata...
“Dengan berita
ini, seluruh umat Islam dan pendokong kemanusiaan DIGALAKKAN menutup
akaun bank HSBC mereka, termasuk HSBC Amanah. Sebagai menyahut tindakan
HSBC menutup akaun orang Islam yang terlibat dalam kempen membantah
serangan kejam Zionis Israel”.
Sumber: Mynewshub.my