UMNO Kedah Gesa Supaya Surendran Didakwa Kerana Menghina Mahkamah


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa UMNO Kedah mengecam tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran kerana menghina mahkamah termasuk menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui laman sosial.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian mesyuarat UMNO bahagian Merbok, di sini, sebentar tadi.

Kecaman ini ekoran kenyataan Surendran yang menuduh mahkamah mengikut telunjuk Najib yang kononnya mengarahkan institusi penghakiman itu mempercepatkan kes pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bharian.com.my.

Justeru, Mukhriz menggesa semua pihak termasuk setiap UMNO bahagian di negeri ini membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggungjawab Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai itu. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com