Di sini KedahNews.com ingin
berkongsi sebuah video yang mula menjadi viral di kalangan pengguna laman
sosial.
Video yang berdurasi dua minit
lapan saat ini memaparkan pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah masjid
disebabkan perbalahan dua lelaki yang ingin menjadi imam.
Daripada sumber yang dipetik dari
page Analisis Politik Terkini (APT), pergaduhan berpunca daripada seorang imam
memakai jubah dalam rakaman ini dari "Tarikat Tijani" yang dikatakan sesat, namun
ingin menjadi imam kepada jemaah yang lain untuk menunaikan solat berjemaah.
Tindakan imam yang dilaporkan
tidak diiktiraf ini mendatangkan kemarahan kepada jemaah lain yang tidak mahu
dia menjadi imam kepada mereka tetapi lelaki itu enggan mengendahkan kehendak para jemaah sehingga mencetuskan pergaduhan.
KedahNews.com tidak pasti berkenaan lokasi kejadian itu berlaku, tetapi dari pengamatan pihak kami,
berkemungkinan kejadian ini berlaku di bahagian timur kerana dari audio rakaman
jelas menunjukkan penggunaan bahasa atau dialek Kelantan.
Dari tinjauan KedahNews.com ke
page APT, banyak komen yang meminta admin page ini memadam video berkenaan yang
akan mencemarkan imej masyarakat agama Islam di negara ini.
Pun begitu, mungkin benar apa yang
diperkatakan oleh sesetengah komen yang mahu video ini dipadamkan tetapi dari
sudut positif ia boleh dibiarkan sekiranya mendatangkan pengajaran kepada kita umat
Islam. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor