Video : Lelaki 'Gersang" Rakam Gambar Bawah Skirt Wanita Dalam Komuter!!


Alangkah terkejutnya KedahNews.com melihat klip video yang memaparkan keberanian seorang lelaki yang sangat 'selamba' mengambil gambar penumpang wanita yang memakai skirt pendek dari bahagian bawah.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang penumpang lain dalam sebuah komuter.

Dari rakaman video itu, lelaki tersebut mungkin tidak menyedari perbuatannya itu sedang diperhatikan oleh penumpang berkenaan.

KedahNews.com tidak mengetahui lokasi video ini diambil tetapi tindakan lelaki itu boleh dikategorikan sebagai 'berani mati' kerana keadaan di dalam komuter jelas tidak terlalu sesak dan sudah pasti akan ada mata melihat perbuatanya itu.

Mungkinkah lelaki ini terlalu banyak menonton video porno sehingga tidak mampu mengawal nafsunya apabila melihat kelibat wanita-wanita berpakaian seksi?

Diharap dengan penyebaran video tersebut akan membantu pihak polis menahan lelaki 'gersang' yang jelas membahayakan kaum wanita. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor