Sebelum ini kita pernah
dikejutkan dengan video memaparkan aksi gaduh antara pelajar perempuan pailang,
seterusnya dua guru yang dah nak pencen di sebuah sekolah.
Bagaimanapun sebagai mana kita
maklum, pihak yang terlibat sudah pun dikenakan tindakan selepas video
pergaduhan mereka tersebar.
Apa yang mengejutkan kini
terdapat pula rakaman pergaduhan melibatkan pegawai kanan polis yang giat
beredar di laman-laman sosial. Ia dipercayai dirakam secara curi-curi oleh
seorang anggota polis di sebuah balai.
Dalam rakaman, dapat dilihat dan
didengar pegawai kanan berpangkat DSP memaki hamun seorang ASP menggunakan bahasa
kesat selepas mendakwa ASP tersebut memprovok dirinya dengan mengangkat kerusi.
Pergaduhan membabitkan mulut ini
dihangatkan lagi dengan tindakan DSP terbabit membuka baju mengajak gaduh dan
merosakkan peralatan pejabat.
Persoalannya jika rakaman ini
benar, wajarkah pihak yang bertanggung jawab mengambil tindakan terhadap mereka
yang bergaduh dalam video viral turut melakukan perkara serupa di balai polis?
Satu yang pasti, tindakan begini
terang-terangan mencemarkan imej PDRM.
Sumber : MyNewsHub.My