Seorang pemandu kereta BMW yang mengamuk telah bertindak menghempas dan menendang topi keledar milik seorang penunggang motosikal.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Pan Island Expressway, Singapura.
Stomp.com melaporkan, saksi yang dikenali sebagai Lee menyatakan kejadian itu berlaku apabila motosikal yang terlibat terkena kereta terbabit dan mencalarkan kereta itu.
Pergaduhan tercetus apabila pemandu BMW itu mencampakkan topi keledar penunggang motosikal itu ke atas jalan raya.
Bagaimanapun, penunggang motosikal itu tidak membalas sebarang tindakan kasar pemandu berkenaan. Dia sebaliknya dilihat tenang menghadap cercaan lelaki itu.