Video : Pengikut Anggap Ayah Pin Sebagai Tuhan


Kumpulan Ayah Pin merupakan lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia, dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain,mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Ariffin Muhammad, 65 mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.

Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.

Namun pengakuan seorang lelaki didalam video ini amat mengejutkan,kerana masih ada lagi orang yang mempercayai Ayah Pin. Sedangkan ianya telah di akui sebagai ajaran sesat.


Sama-sama lah kita berdoa agar mereka mendapat hidayah dari Allah S.W.T dan jauhilah kita dari orang-orang yang munafik. Anda tonton dan nilailah video ini. –KedahNews.com/Su is