Video ini adalah sumber dari laman Blogserius.blogspot.com.
Difahamkan, rumah berkenaan sedang mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri dan secara tiba-tiba sekumpulan perompak bersenjatakan parang telah menyerang dan memeras tetamu yang hadir.
Yang lebih menyedihkan, kanak-kanak yang sedang gembira terpaksa menjadi saksi kejadian yang tak berhati perut itu.
Nampaknya, penyamun sekarang masih berani walaupun ketika majlis keramaian. Ini dikatakan satu kelebihan kepada mereka dimana orang ramai tidak akan menyangka perkara tersebut bakal terjadi.
Diharap masyarakat Malaysia sentiasa berhati-hati. Sentiasa beringat dan berwaspada. Malang tidak berbau. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com