Hari ini KedahNews.com ingin
berkongsi sebuah video yang mempaparkan seorang remaja lelaki telah dilanggar
oleh rakanya ketika sibuk merakamkan video selfie.
Video berdurasi satu minit ini
sudah menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial sebaik sahaja ia
dimuatnaik di laman sosial Facebook.
Dalam rakaman video tersebut,
seorang remaja lelaki sedang merakam video beberapa rakannya yang sedang
menunggan motosikal di hadapan sebuah sekolah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid
Kluang, Johor.
Ketika remaja ini sibuk
memperkenalkan rakan-rakanya di dalam rakaman tersebut dia telah dilanggar oleh
seorang kawannya yang bernama Atan.
Apa yang menarik, rakannya yang
bernama Atan telah melanggarnya ketika dia mahu memperkenalkan rakanya itu
dalam rakaman tersebut.
Baru sebut nama Atan terus kena
langgar!!
Daripada tinjauan KedahNews.com
dalam page Facebook Sukan star TV, ramai pengguna laman sosial mengutuk
tindakan remaja tersebut yang dilihat terlalu obses dengan selfie sehingga menyebabkan
dirinya dilanggar.
KedahNews.com tidak tahu mengenai
keadaan remaja yang telah dilanggar itu, diharap kejadian yang berlaku ini akan
memberi kesedaran kepada golongan yang telalu obses berselfie.
Bahaya tidak mengenal tempat atau
masa, renung-renungkan dan selamat beramal. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor