Video : Semangat Yang Jarang Ada Kepada Peminat Bola Sepak Malaysia?


Pernahkan anda melihat seorang wanita yang dikategorikan ‘mak cik-mak cik’ menyaksikan perlawanan bola sepak?

Di sini KedahNews.com ingin berkongsi sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang semangatnya wajar dijadikan contoh kepada peminat-peminat sukan yang lain.

Dalam video berdurasi 59 saat itu mempaparkan seorang wanita yang jika dilhat sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.

Apa yang menarik, gelagat wanita yang agak berusia itu seolah-olah mahu memasuki ke dalam padang walaupun dia hanya menonton perlawanan berkenaan di televisyen.

Televisyen betul-betul deoan mata kan? Pernah anda buat begitu?

Mungkin dari satu sudut, apa yang dilakukan wanita itu boleh membuatkan pembaca ketawa tetapi ia patut dijadikan contoh kepada semua peminat-peminat sukan yang lain kerana usia dan jantina tidak pernah menghalang kepada kita untuk memberi sokongan bagi menaikkan mutu sukan di negra kita.

KedahNews.com berpendapat wanita ini perlu dimasukkan ke dalam pasukan ‘Ultras Malaya’, bagaimana pula dengan pandangan pembaca? – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor