Demi suami tersayang yang sebelum ini beriya-iya mahukan kuasa politik, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail rela dilabel boneka atau "puppet" dengan merampas kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Dalam kenyataannya yang dipetik dari New Straits Times (NST), Wan Azizah menegaskan bahawa gerakan dalam PKR sebelum ini memang direka khas untuk menjadikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid.
Justeru itu katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk melantik Anwar sebagai penasihat rasmi jika "konspirasi peringkat tertinggi" PKR itu berjaya menjadikannya Menteri Besar Selangor nanti.
"Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan
Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar
tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.
"Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya,
saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat
sekiranya saya menjadi Menteri Besar," kata Wan Azizah yang dipetik dari laman NST bertajuk "Wan Azizah: I Don’t Mind Being Called A Puppet".
Isteri Anwar itu memberi alasan bahawa suaminya itu memiliki pengalaman "cemerlang" ekoran per perlantikan Ketua Pembangkang itu sebagai
Penasihat Ekonomi Qatar sebelum ini.
Bagaimanapun, Wan Azizah tidak pula memaklumkan mengenai prestasi suaminya sebagai "Penasihat Ekonomi" Kerajaan Negeri Selangor yang menerima kritikan hebat dari ramai pihak mengenai prestasinya yang dikatakan tidak mencapai standard yang sepatutnya.
Anwar sebelum ini dengan bangganya mengumumkan keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat
kononnya telah bersetuju dengan cadangan PKR untuk melantik isterinya sebagai Menteri Besar Selangor selepas agenda "menggulingkan" Khalid tercapai.
Namun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan sokongan padu kepada Abdul Khalid
untuk terus mengekalkan jawatan itu sehingga akhir penggal ini. -KedahNews.com