India – Seorang wanita yang
berusia 62 tahun, menjadi wanita paling lama mengandung di luar rahim apabila
doktor berjaya mengeluarkan jasad bayi yang dikandungnya itu selepas hampir
empat dekad berada dalam badannya.
Jyoti Kumar, yang berasal dari
Madhya Pradesh mula-mula hamil pada usia 24 tahun pada tahun 1978.
Pada waktu itu, doktor telah
memaklumkan kepadanya bahawa bayi itu mempunyai peluang hidup yang tipis kerana
mengandung di luar rahim.
Namun disebabkan takut dengan
pembedahan, dia melarikan diri dari hospital dan mendapatkan rawatan di sebuah
klinik.
Beberapa bulan selepas kesakitan
yang dialaminya hilang, Jyoti menyangka masalahnya itu berjaya diatasi.
Bagaimanapun selepas 38 tahun,
wanita itu mula sakit di bahagian perut dan selepas mendapatkan rawatan, doktor
terkejut menemui tulang bayi dalam perutnya.
Pada mulanya, doktor menyangka
kesakitan itu disebabkan ketumbuhan yang dikhuatiri kanser, namun selepas
imbasan dilakukan, barulah mereka mengetahui perkara sebenar.
Sumber : MyNewsHub.My