Warga Emas Simpan RM131,507 Dalam Coli dan Seluar Dalam?


Seorang warga emas berusia 78 tahun telah ditahan pihak berkuasa di sana ketika cuba menaiki pesawat di Lapangan terbang Metropolitan untuk ke Filipina kerana menyembunyikan sejumlah wang tunai berjumlah AS$41,000 (RM131,507) di dalam seluar dalam dan colinya.

Dalam satu laporan Mahkamah di Detroit, warga emas dari Clearwater, Florida telah cuba menaiki pesawat berkenaan bersama seorang anak perempuannya pada 2 April lalu.

Wanita itu pada mulanya dikatakan membawa wang tunai sebanyak RM640 sebelum dia mengemukan borang pengistiharan wang yang di bawanya berjumlah RM3,849 menyebabkan warga emas tersebut ditahan oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat.

Apa yang mengejutkan, pihak berkuasa di sana telah berjaya menemui RM25,660 dalam dompetnya serta RM41,152 di dalam saku yang telah dijahit khas pada pakaiannya dan turut menjumpai RM3,207 di dalam sampul bersama wanita itu.

Setelah disoal siasat, wanita tersebut mengaku mempunyai RM9,622 yang disimpan di dalam coli dan seluar dalam yang dipakainya.

Dalam pemeriksaan selanjutnya, pihak berkuasa telah menjumpai wang tunai berjumlah RM67,357 yang disimpan di dalam seluar dalam wanita itu.

Menurut laporan sumber pihak berkuasa di sana, kesemua wang tersebut diperolehi oleh wanita itu selepas dia menjual rumahnya dan dia telah memindahkan sebahagian daripada jumlah wang tersebut ke dalam bank di Filipina.

Tambah pihak berkuasa lagi, wanita itu nekad membawa sebahagian lagi wang tersebut bersamanya secara tunai kerana merasakan ia lebih selamat.

“Dia tidak memindahkan semua wang itu kerana merasakan lebih selamat untuk membawa sebahagiannya dalam bentuk tunai,” menurut laporan itu. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor