Warga Palestin IIUM Kecam Serangan "Pondan" Israel..! #OpSaveGaza


Seorang warga Palestin yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Iman Husain, mengutuk keras tindakan rejim Zionis Yahudi Israel yang membunuh umat Islam di negara asalnya sebagai pengecut dengan hanya mampu mengorbankan bayi dan kanak-kanak yang tidak berdaya.

Menurut Iman, apa yang berlaku di Gaza sekarang bukanlah merupakan peperangan di antara Palestin-Israel, namun sebenarnya merupakan proses penghapusan bangsa dan pembunuhan kaum secara besar-besaran oleh rejim laknatullah itu.

"Ini bukan peperangan tetapi penghapusan bangsa atau pembunuhan kaum,” katanya yang dipetik ketika berucap perarakan himpunan Selamatkan Kanak-kanak Gaza yang berlangsung di Dataran Merdeka, baru-baru ini.

Selain itu, Iman turut mengecam tindakan "pondan" tentera Israel secara terang-terangan lebih mensasarkan orang awam yang tidak bersalah dalam agenda busuk mereka.

"Semua sekolah, hospital, rumah dan masjid menjadi sasaran roket Israel.

"Semua insiden itu sangat menyedihkan kerana ramai anak kehilangan ibu bapa, adik beradik serta keluarga sekelip mata,” ujarnya penuh emosi geram.

Pelajar itu turut menegaskan bahawa seluruh rakyat Palestin kini terpaksa menghadapi kesakitan berpanjangan, kesan dari serangan kejam rejim Zionis Yahudi itu. - KedahNews.com