5,000 Kondom Diberikan Kepada Peserta Sukan Asia Incheon 2014 Setiap Hari


Seoul, Korea Selatan – Pihak Penganjur Sukan Asia Incheon, Korea telah mengedarkan beribu-ribu kondom kepada semua peserta di kejohanan tersebut.

Ahli Jawatankuasa Penganjur, Choi Hyeung-Dea berkata, pemberian kondom telah mula diberikan kepada semua peserta pada hari pembukaan sukan asia dan sambutannya diluar jangkaan apabila sebanyak 5,000 kondom habis diedarkan dalam masa satu hari.

"Kami memberi kondom sejak tiga hari lalu dan bekalan sebanyak 5,000 setiap hari habis dengan cepatnya.

"Tapi ini tidak bermakna yang mereka terbabit dalam kegiatan tidak baik. Saya fikir sebahagian besar ingin menyimpannya sebagai cendera hati," kata Choi Hyeung-Dae.

Choi berkata, kondom yang disediakan mempunyai lambang Sukan Asia dan kebanyakkan peserta mengambilnya untuk dijadikan cenderamata.

Menurutnya lagi, pihak penganjur bercadang untuk memberi sebanyak 100,000 kondom kepada semua peserta sehingga 3 Oktober ini.

Kejohanan Sukan Asia Incheon, dengan penyertaan kira-kira 10,000 olahragawan dari 45 negara, bermula dari 19 September dan berakhir pada 4 Oktober ini.

Pemberian kondom kepada peserta telah lama dilakukan dalam penganjuran sukan utama termasuk Sukan Olimpik.

Pada tahun 1988, Seoul yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik telah mengedarkan sebanyak 8,500 kondom kepada peserta setiap hari dan ia meningkat kepada 50,000 di Olimpik Barcelona 1992.

Jumlah tertingi pemberian kondom kepada peserta telah dicatatkan di Olimpik London 2012 dengan jumlah sebanyak 150,000. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor