Abby Abadi Bakal Dipinang Ustaz Ini Tidak Lama Lagi?

Ketika Abby Abadi "berhijrah" keterampilan mengenakan hijab, ramai peminat yang memuji tindakan positif bekas pelakon drama Gerak Khas itu dan mendoakan agar dia benar-benar "berhijrah" ke arah cara hidup ke arah Islam.

Gagal dalam perkahwinan pertamanya bersama aktor, Norman Hakim, Abby menerima banyak kata-kata semangat dari ribuan peminatnya ketika itu.

Namun apabila Abby dilihat lebih cenderung ke arah berpolitik berbanding Islam dan sering mengeluarkan "fatwa-fatwa" sesuka hatinya, ramai para peminat yang kurang senang dengan tindakan tersebut dan menghentam aktres tersebut.

Hati Abby kembali terubat dengan perkahwinan kedua bersama Muhammad Noor Farhan yang jauh lebih muda darinya, meskipun pernikahan dengan anak muda itu sangat "diragui" ekoran perkenalan yang hanya berusia tidak lebih sebulan.

Ketika itu, Abby yakin bahawa walaupun faktor umu Farhan yang lebih muda, dia yakin lelaki itu bersikap matang dan mampu menjadi suami yang terbaik bagi dirinya.

Malangnya dalam episod penceraian kedua Abby dengan Farhan, pelakon itu membuat pusingan-U mengatakan "Farhan terlalu muda dan kurang matang, serta tidak sesuai" pula untuk menjadi suaminya.

Namun kini mungkin sinar hidup Abby Abadi kembali menyirna apabila dia dikatakan bakal disunting oleh seorang lelaki bergelar Ustaz tidak lama lagi.

Namanya, Ustaz Khairul Azli dan saksikan sendiri jawapan Ustaz itu apabila diajukan soalan oleh Azza mengenai hubungannya dengan Abby... -KedahNews.com