Abby Abadi enggan memberi komen lanjut mengenai status hubungannya dengan seorang lelaki bergelar "ustaz" yang dikenali sebagai Khairul Azli.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arba'iyah Abdul Manan, dia memanggil Khairul sebagai ustaz kerana lelaki itu mengajar dia serta anak-anaknya mengaji Al-Quran selama lebih empat tahun.
Malah, Abby ada menyatakan yang beliau sebagai seorang wanita berasa malu dan tidak manis apabila diajukan soalan seperti itu.
Abby sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila video rakamannya bersama seorang ustaz yang diajukan soalan oleh Azza tentang perminangan Abby dengan ustaz tersebut telah tersebar di laman sosial baru-baru ini.
"Janganlah cakap macam-macam, sebagai wanita saya malu dan tak manislah. Dia bukan kekasih baru, tapi kawan yang dah lama kenal. Saya tak boleh komen apa-apa lagi mengenai status kami."
"Dia bukan kekasih baru seperti yang ramai sudah salah sangka. Kami dah kenal empat tahun sebenarnya.Dia yang mengajar anak-anak dan saya mengaji sebelum ini sebab itu kami panggil dia ustaz," jelas Abby.
Namun apa yang dapat dilihat didalam video tersebut tidak ada pula Abby nampak seperti malu, sebaliknya ustaz tersebut yang tersipu-sipu malu apabila diajukan soalan "bila nak masuk meminang?"
Mungkin erti malu bagi setiap individu adalah berlainan.
"Hakikatnya kami bukan kawan biasa tapi memang baik." Terang Abby lagi.
"Cuma janganlah tanya lebih lanjut sebab tak manis saya nak cakap mengenai soal hubungan. Semuanya masih samar ketika ini," katanya.
"Kalau ada apa-apa yang lebih serius atau jodoh kami,tentu saya akan bagitahu nanti."
Bukan itu sahaja, malah Abby ada kongsikan "screenshoot" foto yang dimuat naik ke laman Instagramnya beberapa hari yang lalu berhubung ucapan selamat hari jadinya kepada ustaz tersebut.
Kelihatan Abby juga berbalas komen dengan beberapa orang sahabatnya yang bertanyakan mengenai ustaz tersebut,
Dari segi percakapan Abby, ada bibit-bibit cinta yang Abby cuba sembunyikan kerana dia tidak mahu mengulas lanjut berkenaan isu tersebut.
Sekiranya desas desus ini benar, maka tidak menjadi satu kesalahan untuk mereka berdua bernikah kerana masing-masing sudah "single" kembali. Kalau ini yang terbaik untuk Abby serta anak-anaknya, kami doakan yang terbaik buat Abby semoga ada jodoh hendak-Nya. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com