Kisah pergeseran di antara pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, dengan produser filem terkenal, David Teo, nampaknya belum ada kesudahan apabila kedua pihak masih tidak bertemu selain "bertekak" di media-media sahaja.
Terkini, David mendakwa Aeril dan Wawa bersikap kebudak-budakan yang leka dengan permainan mereka serta tidak cukup matang untuk mencetus kontroversi murahan melalui cara yang dianggap menganiaya produser tersebut.
Kata David, dia sudah menjemput pasangan itu untuk bertemunya di pejabat untuk berbincang mengenai kemelut dan kontrak "hitam putih" yang dipersetuju bersama sebelum ini.
Namun katanya, Aeril dan Wawa masih enggan hadir.
Selain itu, David menganggap sikap pasangan pelakon itu yang hanya berani menyerangnya secara terbuka di laman sosial lebih cenderung ke arah memfitnah dirinya dan tidak mencerminkan etika golongan dewasa yang matang untuk cuba menyelesaikan masalah yang timbul.
Berikut adalah video temubual di antara mStar dan David Teo, baru-baru ini: -KedahNews.com