Akademi Fantasia: Peminat Tak Puas Hati Jihan "Tersingkir", Ganti FBI

Ramai peminat Akademi Fantasia (AF2014) meluahkan ketidak puasan hati mereka di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter apabila Jihan Raja Lawak "terkeluar" dan digantikan dengan pengacara, Faizal Ismail.

Konsert minggu pertama AF2014 membuat kejutan apabila mengumumkan bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail sebagai pengacara program tersebut bersama Zizan bermula minggu hadapan.

Faizal yang lebih dikenali dengan panggilan “FBI” muncul pada segmen terakhir konsert yang sepatutnya mengumumkan penyingkiran peserta pertama daripada konsert itu.


Namun sebaliknya yang berlaku apabila tiada peserta yang tersingkir malah tempat Jihan sebagai pengacara diganti orang lain.

Rata-rata peminat menyukai Jihan mengacara AF kerana dia seorang yang selamba dan tidak over.

Malah, ramai peminat sudah selesa akan gandingan hebat dari Jihan dan Zizan sebagai pengacara baru AF tahun ini kerana masing-masing mempunyai karakter sebagai pelawak. 



Jursteru itu, ramai penonton kecewa dan mempertikai pemilihan Astro kali ini.

Banyak komen tidak puas hati yang dilemparkan terhadap piha pengurusan AF2014 dan juga Astro.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa mereka sudah mula hilang mood untuk menonton Akademi Fantasia setelah Jihan dikeluarkan.

Namun begitu, menurut tinjauan kami, Jihan bukan dikeluarkan terus daripada AF tetapi beliau masih lagi mengendalikan diari AF yang disiarkan pada setiap hari.



Konsert AF2014 berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam dekat sini pada malam Ahad lepas. - Norhayati Shaharun/KedahNews.Com