Akta Hasutan 1948: 'Site Supervisor' Didakwa Kerana Menghina Bulan Ramadhan


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman setahun penjara keatas sorang penyelia tapak pembinaan berikutan komen menyinggung berbentuk penghinaan mengenai Hari Raya pada akaun Facebooknya.

Chow Mun Fai, mengaku bersalah membuat komen-komen yang menghina umat Islam tentang Ramadhan.

Beliau mengaku menggunakan akaun Facebooknya untuk menghantar komen menghina dan sensitiviti perasaan orang lain. 

Chow didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, turut mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, lapor Selangorpress.com.

Chow, yang memakai T-shirt merah jambu dan seluar jeans, dilihat menangis ketika beliau bercakap kepada ibunya sebelum prosiding mahkamah dimulakan.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menggesa mahkamah untuk menjatuhkan hukuman berat.

“Mahkamah perlu menunjukkan bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang percaya mereka boleh mengganggu sensitiviti agama, atas nama kebebasan mutlak bersuara.", Kata Suhaimi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com