Seorang bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) mengaku tidak bersalah selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.
Tertuduh, David Orok didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan hasutan yang diterbitkan melalui Facebook menggunakan akaun David Orok di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Roun, Jalan Labuaya, Tompokan, Tuaran antara jam 12 tengah hari hingga 1.50 petang pada 4 Julai lalu.
Mengikut pertuduhan, ahli perniagaan yang juga bekas calon DUN Sulaman pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu didakwa mengeluarkan kenyataan antara lain menyebut 'mereka tidak memberitahu anda yang nabi kamu mengamput (merogol) budak-budak baru sembilan tahun, nabi kamu menyuruh amput para isteri mereka dari lubang dubur'.
Selain itu, menerusi kenyataan sama, tertuduh dituduh memuat naik kenyataan 'Nabi kamu ajar agar lelaki anggap para wanita macam ladang yang boleh ditinggalkan atau dijual pada bila-bila masa dan bukannya sebagai manusia' yang mana kenyataan itu mempunyai kecenderungan menghasut.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun dan denda tidak melebihi RM5,000. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com