SETELAH Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
dihapuskan, kini timbul pula desakan untuk Akta Hasutan dipadamkan dalam
perundangan negara.
Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berjanji yang akta itu akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional namun adakah akta itu mampu menandingi akta sedia ada, jika dibandingkan dengan penggantian ISA oleh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)?
Bagi bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH, undang-undang di Malaysia perlu diperketat dan bukan dilonggarkan. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Robiatuladawiyah Abd Rashad, bersama Mohd Noor, individu yang terlibat dalam penggubalan ISA pada 1960 bagi mengupas isu ini.
Dahulu ramai yang mendesak ISA dihapuskan kerana dikatakan akta kuku besi. Tetapi apabila berlaku kes seperti di Lahad Datu dan kebangkitan kumpulan ekstremis, ISA dikatakan patut di wujudkan kembali. Komen Datuk?
Bagi orang yang nak hidupkan semula ISA perlu tahu apa itu ISA, apa yang ada dalam ISA itu baru boleh dibandingkan bagus tak bagus, sebab akta ini sudah dimansuhkan. Jika orang tak faham apa yang terkandung dalam ISA mereka tidak boleh nampak apa kesan pemansuhannya.
Orang ramai minta hidupkan semula ISA, kononnya sebab ramai yang terlalu lantang dan berani bertindak, bila dah tak ada akta itu mereka persoalkan pula bagaimana nak bertindak terhadap petualang-petualang ini.
Oleh itu, orang ramai perlu faham apa itu ISA, bahawa ISA itu dikanunkan di bawah 149 Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang yang mengetepikan hak kebebasan diri. ISA digubal sebelum merdeka lagi untuk menangani komunis, tetapi disemak semula pada 1960 untuk disesuaikan dengan keadaan.
Boleh Datuk jelaskan apa perkara yang dikekalkan dalam ISA selepas semakan dibuat?
Dalam undang-undang itu dikekalkan empat perkara. Pertama, menteri boleh melarang mana-mana kumpulan yang memakai uniform bagi mempamerkan kekuatan fizikal atau mengguna senjata api yang boleh mengambil alih tugas polis dan tentera.
Kedua, tahanan pencegahan kalau menteri mendapati ada individu yang mengancam keselamatan, mengganggu ketenteraman awam dan menyekat ekonomi negara.
Jika individu itu didapati melakukan perkara seumpama itu menteri ada kuasa untuk tangkap dan tahan selama dua tahun hingga enam tahun. Ketiga, perintah sekatan. Individu yang ditahan boleh berada di rumah, tetapi dia perlu melaporkan diri dan berada di dalam parameter yang ditetapkan.
Dua-dua perintah ini tidak boleh dibawa ke mahkamah, ini yang dipanggil tahanan tanpa bicara, bahagian ini yang orang tidak setuju dengan ISA ini.
Disebabkan kuasa itu berada di tangan menteri, ramai mendakwa akta itu disalah guna atas tujuan politik.
Tetapi kerajaan menegaskan tindakan yang dilakukan itu bagi menjaga ketenteraman awam. Walaupun mahkamah tidak boleh campur tangan dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri, tetapi ada Lembaga Penasihat di bawah ISA.
Setiap enam bulan ahli lembaga itu meneliti laporan tahanan seperti alasan individu itu ditahan, adakah dia sudah insaf atau ada perkembangan yang lebih membahayakan. Jika ahli lembaga itu mendapati ada keputusan terkini bahawa tahanan patut diberi pengampunan atau diringankan hukuman, (ia akan dilakukan).
Keempat, penerbitan berbentuk subversif, yang mengapi-apikan dan melagakan orang ramai melalui cetakan di surat khabar, risalah, surat layang sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam, keselamatan negara, dan kepentingan negara.
Contohnya, menarik orang awam bertindak ganas dan melanggar undang-undang, seperti undang-undang kata tidak boleh adakan demonstrasi di jalanan, tetapi ada risalah yang diedarkan menyebut orang ramai ada hak berdemonstrasi di jalanan, maka risalah itu dianggap mengajak orang menentang undang-undang. Maka menteri boleh mengambil tindakan menarik permit penerbitan itu.
Selepas ISA dihapuskan pada 2011, diganti dengan Sosma. Namun ramai yang kata Sosma tak ada taring. Komen Datuk?
Orang ramai jangan cepat membuat dakwaan, kerana Sosma juga diletakkan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk menangani kesalahan keselamatan, masih ada kuasa penangkapan dan penahan di bawah akta ini cuma langkah penahanan yang dibuat lebih moden berbanding ISA.
Sosma perlu dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan, khususnya Bab VI Kanun Keseksaan di bawah kesalahan terhadap negara, manakala Bab VIA menghuraikan kesalahan berhubung keganasan.
Berbeza dengan ISA, tahan 60 hari kemudian tahan dua tahun tanpa bicara, di dalam Sosma, seorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran tetapi hanya dalam tempoh 24 jam, alasan tangkapan itu perlu diberikan.
Selepas itu jika masih ada siasatan diperlukan seorang pegawai polis berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi boleh melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih 28 hari, tetapi sekiranya polis berpendapat tahanan itu perlu dilanjutkan polis perlu mengemukakan laporan kepada pendakwa raya agar orang itu boleh dilepaskan tetapi suatu peranti pengawasan elektronik dipasang pada orang terbabit yang mana segala perbualan dan perbuatannya dirakam.
Di dalam Sosma, tertuduh boleh mendapat pembelaan dengan melantik peguam tetapi individu terbabit tidak boleh dijamin, hanya boleh dibebaskan selepas proses mahkamah selesai, mungkin ambil masa dua tahun hingga enam tahun.
Sejak kebelakangan ini ramai yang menggunakan laman sosial untuk menghasut dan mengapikan antara kaum, bagaimana boleh keadaan itu dibendung?
Walaupun Sosma tidak merangkumi kesalahan seumpama itu, tetapi pihak berkuasa masih boleh bertindak di bawah Akta Hasutan sekiranya terdapat pihak yang dengan sengaja mengeluarkan kata-kata menghasut.
Kecenderungan menghasut itu terdedah kepada mempertikaikan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, membangkitkan kemarahan mana-mana kaum.
Ada yang mendakwa Akta Hasutan ini juga telah disalah gunakan seperti mana yang berlaku semasa ISA masih wujud?
Jangan samakan akta ini dengan ISA kerana ISA tidak ada kuasa untuk mengawasi tindakan menteri tetapi Akta Hasutan ini, tidak ada tindakan menteri seperti itu. Jika didapati individu terbabit lakukan kesalahan dia akan didakwa bukan ditahan dalam tempoh dua tahun. Jadi tidak timbul isu ada salah guna kuasa atau tidak.

Oleh itu relevankah Akta Hasutan pula dihapuskan selepas ini?
Saya tidak tahu kenapa ia perlu dihapuskan ketika ini, kerana saya tidak nampak apakah kelemahan pada akta ini. Tetapi jika benar-benar mahu dihapuskan perlu ada akta pengganti yang boleh mencakupi tindakan seperti yang terkandung dalam akta sebelumnya.
Apa pandangan Datuk mengenai tindakan seseorang individu termasuk ahli politik yang sudah melakukan kesalahan dengan memuat naik status di laman sosial yang mengutuk sesuatu pihak sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai kemudian dia menarik balik statusnya itu?
Tarik balik tidak menghapuskan kesalahan, dalam undang-undang tarik balik itu bersama dengan minta maaf, maknanya kesalahan itu sudah dilakukan. Jangan suka buat salah lepas itu dengan mudah tarik balik.
Melihat kepada perkembangan hari ini, apa yang boleh Datuk rumuskan memastikan keamanan dan kestabilan negara terus dijaga?
Undang-undang di Malaysia hendaklah diperketatkan bukan dilonggarkan, undang-undang yang digubal perlulah lebih spesifik jangan terlalu umum sehingga menyukarkan pihak berkuasa bertindak.
Contohnya terma ‘mengganggu gugat ketenteraman awam’ itu terlalu umum, lebih baik diperincikan. Contohnya kesalahan kerana menghina agama, bangsa, itu lebih spesifik. Dengan ada undang-undang itu pelaksanaan perlu tegas jangan ada pilih kasih.
The law is blind (undang-undang itu buta). Baru ada keyakinan daripada rakyat apabila tiada pilih kasih dalam tangkapan, siasatan dan dakwaan. Bukan sahaja undang-undang perlu tegas tetapi pihak yang menjalankan siasatan, dan hukuman mahkamah juga perlu tegas.
Datuk merasakan melalui penegasan undang-undang boleh membawa kepada penyatuan rakyat?
Ya. Malaysia sebuah negara yang luar biasa, kerana kita berbilang bangsa dan bilangannya juga hampir sama rata. Bermakna kita sama kuat antara satu sama lain.
Contoh di Iraq zaman Saddam Hussein, dia menangani masalah Syiah dengan kuku besi, aman ketika itu, tetapi apabila dia digulingkan sampai sekarang Iraq berperang.
Apa yang kita bimbang hari ini kerana demokrasi negara terarah kepada barat, apabila masing-masing ada hak bersuara. Hak bersuara itu bukan bermakna kita boleh sebut apa sahaja sehingga mendatangkan perpecahan.
Sehubungan itu saya berpendapat kebebasan hendaklah ada parameternya bukan kita boleh bercakap apa sahaja. Jika ada kritikan mahu dibuat, buatlah cara berhemah. -Sinar Harian