#AktaHasutan: Penggantian Bakal Cetus Transformasi Baru


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menegaskan cadangan kerajaan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan Akta Keharmonian Nasional adalah untuk membawa transformasi terhadap hak kebebasan bersuara di negara ini.

Nancy juga berkata, kebebasan bersuara bukan bersifat mutlak sebaliknya perlu berlandaskan peruntukan undang-undang.

"Kalau kita bagi kebebasan mutlak, ini akan menimbulkan satu keadaan tidak senang hati dalam kalangan majoriti,

"Untuk mencari mekanisme bagi kebebasan bersuara, ia satu proses yang rumit kerana mengambil kira hak-hak dalam Perlembagaan seperti Perkara 152, Perkara 153 mengenai hak untuk Melayu, Bumiputera di Sabah dan Sarawak di samping dari segi bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dan institusi diraja," kata Nancy yang dipetik dari Mstar.com.my.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil kira respin orang ramai sebelum cadangan menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan Akta Keharmonian Nasional dilaksanakan. 

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Majlis Konsultatif Perpaduan Negara (NUCC) diberi tanggungjawab merancang serta membincangkan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional,bjelasnya lagi.

"Tetapi tidak semestinya kita akan terima bulat-bulat cadangan JPNIN dan NUCC kerana kita mempunyai badan berkuasa untuk menjalankan kerja-kerja ini," katanya lagi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com