Aktres seksi Indonesia, Luna Maya, mengaku bahagia 100 peratus dengan kekasih barunya yang hanya dikenali sebagai "Mr R" meskipun jejaka yang berjaya merampas dirinya dari vokalis Peter Pan, Aeril, itu muda setahun dari usia pelakon kontroversi itu.
“Oh, iya dong lupakan yang lama (senyum). Saya sekarang 100% bahagia.
Walaupun saya sering sibuk dengan kerja-kerja saya tapi dia seorang yang
sangat memahami.
"Lagipun dia juga sibuk dengan kerjanya,” kata Luna yang dipetik dari laman hiburan, Murai.com.
Menurut aktres yang terpalit kontroversi mengenai klip video seks bersama bekas kekasihnya itu, wujud kesefahaman membuat dia cukup selesa dengan Mr R yang merupakan seorang penerbit juga ahli perniagaan tersebut.
"Walaupun dia lebih muda daripada saya tapi dia seorang yang sangat
memahami. Kami juga punya banyak persamaan. Kami suka menonton wayang,
melancong dan paling penting dia suka lagu terbaru saya bersama AC Mizal
ini (Paranoid)", jelasnya lagi.
Lebih serius hubungannya dengan Mr R berbanding Aeril sebelum ini, Luna memberitahu bahawa
mereka turut berbincang mengenai soal perkahwinan bersama, namun menjelaskan
kemungkinan tidak akan berkahwin pada tahun ini.
Selain itu, dia juga merancang untuk mengarah sebuah filem bergenre romantik-komedi.
Menurut Luna, dia berhasrat mahu menawarkan filem itu untuk dibintangi oleh sekurang-kuranganya dua orang pelakon dari Malaysia untuk filem tersebut tidak lama lagi. -KedahNews.com