Alor Setar - Seorang wanita bersama janinnya maut dipercayai digilis
kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau
Pinang, berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi semalam.
Mayat Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang juga ibu kepada kanak-kanak
lelaki berusia 18 bulan ditemui penduduk kampung yang kemudiannya
memaklumkan kejadian kepada polis.
Difahamkan, mangsa difahamkan ke kedai berhampiran rumahnya kira-kira
8 pagi, namun gagal pulang selepas 30 minit menyebabkan ahli keluarga
termasuk suaminya keluar mencarinya.
Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan penemuan mayat dan janin cukup sifat dalam keadaan menyayatkan hati di landasan kereta api terbabit.
Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan penemuan mayat dan janin cukup sifat dalam keadaan menyayatkan hati di landasan kereta api terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 10 pagi.
"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya. -myMetro