Kuching - Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan seorang lelaki warga
Afrika dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki
dijangkiti virus Ebola, kira-kira 12 tengah malam tadi.
Pengarahnya Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, lelaki terbabit yang mengalami demam panas dirujuk ke HUS oleh Hospital Pakar KPJ, tengah malam kelmarin.
Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau perkembangan
kesihatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan meminta orang ramai
supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.
LELAKI Afrika disyaki dijangkiti Ebola dikurantin di Hospital Umum Sarawak untuk pemantauan rapi.
"Setakat ini kita hanya mengesyaki lelaki itu mungkin dijangkiti
Ebola kerana dia mengalami demam panas yang teruk tetapi tiada
pengesahan lagi setakat ini.
"Doktor pakar HUS masih meneruskan siasatan dan memantau dengan rapi keadaan lelaki itu," katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya lagi, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil akan membuat pengumuman rasmi mengenai hasil pemantauan terhadap lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki afrika terbabit adalah penuntut di sebuah universiti di negeri ini. -myMetro