KISAH ini bukan sesuatu yang asing namun sila ambil iktibar atas kejadian ini.
Seorang remaja, Greogary Ng, 18 maut akibat renjatan pemanas mandian di kediamannya di flat Hougang Avenue 3, Singapura.
Memetik laporan portal Singapura, stomp.com, kejadian itu disedari
keluarganya, yang mendengar mangsa menjerit kesakitan ketika memasuki
bilik mandi.
Terkejut mendengar jeritan Greogary, keluarganya memecahkan pintu
bilik mandi dan menemui Greogary terbaring di lantai dengan soket
pemanas mandian yang berasap.
Sementara menunggu ketibaan ambulan, adik dan ibu saudaranya cuba
melakukan bantuan pernafasan dengan arahan daripada penyelamat di
telefon tetapi tidak berjaya.
Mangsa telah meninggal dunia terkena
serangan jantung akibat renjatan elektrik dalam perjalanan ke Hospital
Changi.
Greogary, seorang graduan Institut Pendidikan Teknikal sedang
menunggu panggilan latihan khidmat negara. Dia tinggal bersama datuk dan
nenek serta dua orang saudaranya sejak ibu bapanya bercerai sejak
kecil.
Datuknya, Anthony Ng, 62 , seorang pemandu teksi berkata, dia baru saja menggantikan pemanas mandian yang lama.
“Saya membayar SGD300 (RM 762) untuk pemanas mandian baru yang berjenama. Namun ia membunuh cucu saya,” katanya.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, terdapat tiga
punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik dari alat pemanas mandian
iaitu pemasangan tidak mengikut spesifikasi, kebocoran air serta tiada
penyelenggaraan.
Waspada! sila periksa pemanas mandian anda!
Sumber: Mynewshub.cc