Seorang lelaki bertindak nekad dengan
menikam tiga pelajar sekolah sehingga mati sebelum terjun dari bangun tingkat
tiga sebuah sekolah gara-gara anak perempuan tidak dibenarkan mendaftar pada
sesi persekolahan yang baru.
Merujuk kepada sumber, dalam kejadian yang berlaku di Hubei, China itu, anak perempuannya tidak diterima
menyambung persekolahan di sana di sebabkan dia gagal menyiapkan kerja rumah
yang diberikan guru ketika musim cuti sekolah baru-baru ini.
Daripada sumber, pada mulanya lelaki itu datang ke sekolah
bagi mendaftar nama anaknya untuk sesi persekolahan yang baru, namun tindakan
pihak sekolah tidak menerima pelajar tersebut menyebabkan dia menjadi berang
lalu menyerang pelajar sekolah yang lain.
Ketiga-tiga pelajar telah ditikam oleh lelaki tersebut
sehingga mati sebelum dia nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga
bangunan sekolah itu.
Tindakan lelaki berkenaan mencetuskan kebimbangan penduduk
China dan pihak berkuasa ditugaskan meningkat langkah keselamatan bagi
mengelakkan perkara sama berulang pada pelajar lain.
Sebelum ini, beberapa siri serangan di sekolah telah
dilaporkan berlaku di China menyebabkan ibu bapa yang rata-rata mempunyai
seorang anak bimbang mengenai tahap leselamat sekolah di sana. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor